Mangsa lari ke jirat Cina selepas cedera ditembak – Polis

4 Sep 2026 • 10:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mangsa lari ke jirat Cina selepas cedera ditembak – Polis

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera pada tapak tangan selepas dipercayai ditembak seorang daripada dua suspek yang menunggang motosikal di sebuah bengkel kenderaan terpakai di kawasan jirat Cina di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.05 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa warga tempatan berusia 43 tahun itu didatangi dua lelaki yang tidak dikenal pasti bangsa menunggang sebuah motosikal pada pukul 1.05 petang.

“Seorang daripada suspek kemudiannya dipercayai melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian melarikan diri ke kawasan perkuburan Cina berhampiran bagi menyelamatkan diri, manakala kedua-dua suspek turut melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya di sini, tadi.

Beliau berkata, mangsa mengalami luka di tapak tangan kanan serta patah tulang pada bahagian berkenaan akibat kejadian itu serta mendapatkan rawatan di hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemukan beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut. Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – KOSMO! ONLINE

 

The post Mangsa lari ke jirat Cina selepas cedera ditembak – Polis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved