[VIDEO] Perodua Bezza rempuh gajah, tiga terselamat

LocalCars
4 Sep 2026 • 7:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Perodua Bezza rempuh gajah, tiga terselamat

KOTA TINGGI – Tiga individu terselamat selepas Perodua Bezza dinaiki merempuh seekor gajah yang melintas secara tiba-tiba di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu berlaku ketika kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama dua penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing.

​Katanya hasil siasatan awal mendapati seekor gajah telah melintas jalan dari arah kanan secara tiba-tiba.

​”Keadaan itu menyebabkan pemandu Perodua Bezza berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang gajah tersebut.

​”Namun begitu, dalam kemalangan berkenaan, pemandu serta kedua-dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Perodua Bezza rempuh gajah, tiga terselamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved