Lelakit maut motosikal terbabas di Lebuh Raya Linkedua

4 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelakit maut motosikal terbabas di Lebuh Raya Linkedua

KULAI – Seorang lelaki yang juga pemandu bas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas secara tiba-tiba dalam kejadian di susur masuk ke Lebuh Raya Malaysia – Singapura kedua (Linkedua) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian melibatkan lelaki berusia 42 tahun itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika dalam perjalanan dari Bandar Senai ke susur masuk Linkedua.

Katanya, siasatan awal kejadian dipercayai berlaku tidak melibatkan kenderaan lain dan motosikal mangsa terbabas sendiri sebaik tiba di kawasan kemalangan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk proses bedah siasat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, orang ramai yang menyaksikan kejadian ini diharap tampil menyalurkan maklumat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Lelakit maut motosikal terbabas di Lebuh Raya Linkedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved