
BALIK PULAU – Seorang penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang sedalam satu meter selepas terbabit kemalangan dengan sebuah van kilang berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Teras di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada muka dan kaki.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau.
“Kemalangan melibatkan van kilang Kia dan motosikal Yamaha LC. Penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang berkedalaman satu meter, namun pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa yang tercampak diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Balik Pulau dengan ambulans,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Mangsa tercampak ke longkang sedalam satu meter appeared first on Kosmo Online.





