Tular Individu Jual Rakaman Video CCTV Dalam ‘Fitting Room’, Mangsa Dedah Lokasi Kejadian

11 Jan 2023 • 3:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai seorang individu yang bertindak menjual beberapa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik persalinan di butik pakaian terkemuka di sebuah pusat beli belah.

Menerusi ciapan tersebut, individu itu dikatakan sengaja meletakkan kamera tersembunyi di bilik persalinan bagi merakam aksi pelanggan ketika menukar pakaian.

Bukan itu sahaja, individu itu turut merakamkan tindakan sepasang kekasih yang bercumbu di dalam bilik persalinan.

image is not available

Susulan penularan video tersebut, beberapa orang mangsa telah tampil untuk memberikan kenyataan mengenai lokasi dan tarikh kejadian tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, polis turut menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan dibuat oleh pengurus kawalan keselamatan.

Siasatan awal sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Noor Dellhan memaklumkan perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917.

image is not available 1 hari lalu

Suspek 'Sakau' RM3 Bilion Ditahan SPRM Rupanya Model Iklan Syampu Dan Penjagaan Muka?