
BARISAN Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto pakatan itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Tanpa memperincikan perkara berkenaan, katanya, perkara tambahan itu dibuat untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah.
“Kami sudah merangkanya... ia hampir siap. Mainfesto BN yang diumumkan sudah lengkap... hanya ada dua atau tiga perkara tambahan untuk Sabah,” katanya sambil menambah perkata tambahan dalam manifesto BN itu adalah untuk memenuhi permintaan BN Sabah.
Bung, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah bersama calon Parlimen Sepanggar Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, Kota Kinabalu, pada 8 November.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang melancarkan Manifesto PRU15 BN, berkata PADU menawarkan perjanjian baharu yang segar daripada gabungan itu kepada rakyat Malaysia dan mengandungi 99 amalan untuk memacu negara ke arah status negara maju.
Sementara itu, Bung, yang mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan, berkata BN Sabah tidak pernah menyokong mana-mana calon untuk bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kerana ia akan melanggar perjanjian dengan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau merujuk kepada Datuk Ewon Ebin, yang bertanding atas tiket PBRS bagi kerusi parlimen Ranau dalam pertandingan lima penjuru menentang penyandang Datuk Jonathan Yasin (GRS), Apirin Jahalan @ Taufik Sham (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan).
Menurut Bung, tiada tindakan boleh diambil memandangkan calon itu menggunakan logo PBRS untuk bertanding.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
