Manis Berbusana Pengantin, Pelakon Kilafairy Sudah Bergelar Isteri Orang?

Entertainment
30 Aug 2024 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebelum ini mengenai perihal pelakon jelita, Kilafairy yang didakwa sudah bergelar isteri orang.

Ia berikutan ‘viral’ video pelakon itu tampil manis dan cantik mengenakan busana pengantin rona putih di media sosial.

Malah, carian di aplikasi TikTok turut menemukan netizen giat ‘mencari’ siapakah suami kepada pelakon itu.

Namun begitu, Kilafairy atau nama sebenanrya Syakila Nisa Jahangir Khan tampil memberi penjelasan dan menafikan berita tersebut.

Tak, belum kahwin. Tiada guys (suami).

Difahamkan, Kilafairy tampil menjadi model untuk koleksi pakaian pengantin rekaan Shanel Harun.

Dia yang ditemui media turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang mendoakan dia untuk terus bahagia dan menganggap setiap ucapan yang diterima sebagai satu rahmat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available


21 hours ago

"Dia Kini Sedang Bahagia Besarkan Bilal Dan Abbas..." - Neelofa Tak Hamil Lah!