Manulife Malaysia lantik Harshal Shah sebagai CEO baharu berkuat kuasa 20 November 2026

LocalBusiness & Finance
20 Nov 2026 • 3:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Manulife Malaysia lantik Harshal Shah sebagai CEO baharu berkuat kuasa 20 November 2026 Image from: Manulife Malaysia lantik Harshal Shah sebagai CEO baharu berkuat kuasa 20 November 2026 liza20/11/2026 - 15:14 Harshal Shah Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Nov – Manulife Financial Corporation melantik Harshal Shah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Manulife Holdings Berhad dan CEO Manulife Insurance Berhad berkuat kuasa 20 November 2026.

 

Pelantikan Harshal menggantikan Vibha Coburn yang menerajui Manulife Malaysia selama enam tahun sebelum ini.

 

Harshal yang merupakan warga India mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam sektor perkhidmatan kewangan, meliputi bidang strategi pelanggan, transformasi perniagaan, penjenamaan, digital, pengedaran serta pertumbuhan perniagaan.

 

Beliau menyertai Manulife pada 2022 sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Manulife Asia dan memainkan peranan penting dalam menerajui strategi berteraskan pelanggan syarikat di seluruh rantau berkenaan.

 

Pengalaman luas dalam sektor kewangan

Sepanjang berkhidmat di Manulife, Harshal bekerjasama rapat dengan pelbagai pasaran bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, keupayaan digital, jenama serta keutamaan pertumbuhan perniagaan.

 

Sebelum menyertai Manulife, beliau pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan di AIA Group yang merangkumi bidang pengedaran, pemasaran, pengalaman pelanggan dan transformasi perniagaan.

 

Beliau turut mempunyai pengalaman kepimpinan di Aegon dan Citibank pada peringkat awal kerjayanya.

 

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Asia, Steve Finch berkata, Harshal membawa gabungan pengalaman kepimpinan serantau, pemahaman mendalam mengenai pelanggan serta kepakaran dalam transformasi perniagaan.

 

Beliau berkata, pemahaman Harshal terhadap perniagaan, pelanggan dan peluang di seluruh Asia menjadikannya calon sesuai untuk menerajui Manulife Malaysia ke fasa seterusnya.

 

Fokus tingkatkan pengalaman pelanggan dan pertumbuhan

Menurut Steve, Harshal akan bekerjasama dengan pasukan sedia ada bagi meneruskan momentum perniagaan serta memberikan nilai bermakna kepada pelanggan, ejen dan rakan strategik.

 

Sementara itu, Harshal berkata, beliau berbesar hati menerima tanggungjawab untuk menerajui Manulife Malaysia dan mahu membangunkan lagi asas perniagaan syarikat itu.

 

Beliau berkata, keutamaan seterusnya adalah meningkatkan tumpuan kepada pelanggan, memacu pertumbuhan perniagaan dengan lebih pesat serta membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat keputusan dengan lebih mudah dan menjalani kehidupan lebih bermakna.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved