MARA bantu anak pak cik balang teruskan pengajian selepas kehilangan ibu – Asyraf Wajdi

LocalFamily & Parenting
25 Oct 2025 • 12:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

MARA akan terus bantu anak kepada peniaga air balang tular, Siti Nur Aliah, 21, untuk menyambung pengajian di GiatMARA dalam bidang Konfeksioneri dan Bakeri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi sebuah hantaran di Facebook, sebentar tadi.

MARA bantu anak pak cik balang teruskan pengajian

Asyraf Wajdi berkata, Aliah juga akan menerima bimbingan keusahawanan, latihan keusahawanan digital serta geran peralatan bernilai RM6,000 di bawah Kementerian Desa dan Wilayah.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah bagi membolehkan anak tunggal kepada pasangan suami berdikari dan mengubah nasib keluarganya.

“Insya-Allah, MARA akan terus membantu keluarga ini dan kisah mereka menjadi inspirasi buat kita semua bahawa di sebalik ujian yang berat, masih ada sinar harapan buat mereka yang tabah dan berusaha,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

Kisah keluarga ini menjadi tular sebelum ini apabila bapa Aliah, En. Ahyauddin, yang menghidap penyakit buah pinggang tahap 4, tetap gigih menggendong isterinya yang uzur untuk berniaga air balang di Pasar Malam Lembah Pantai.

image is not available

Kongsi Asyraf Wajdi, semasa ziarah MARA di Meru, Kapar, doktor daripada rangkaian Uni Klinik dan Uni Farmasi (usahawan MARA) turut hadir untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pasangan itu.

image is not available

Dalam hantaran yang sama, beliau mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu Aliah dan memberi kekuatan kepada keluarga ini untuk terus melangkah.