Pelajar cemerlang berhenti belajar kerana kemiskinan? Maklum saya & MARA – Asyraf Wajdi

LocalPersonal Finance
21 Oct 2025 • 9:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pelajar tular, Muhammad Ashraf Saipul Nizam yang sebelum ini terpaksa berhenti belajar dan menjual roti sandwich di hadapan MRT Bukit Bintang, kini akan kembali menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Ashraf akan memulakan semula pengajiannya bermula minggu depan selepas pihak MARA bersetuju menyambung pembiayaan pengajian termasuk pemberian wang saku bulanan sebanyak RM800.

image is not available

“Alhamdulillah Jumaat lepas saya sendiri bertemu dengan beliau untuk memujuknya kembali meneruskan pengajian.
“Insya-Allah MARA telah bersetuju menyambung pembiayaan pengajian beliau beserta wang saku bulanan RM800.
“Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah bersetuju untuk membantu keluarga ini,” katanya hari ini.

image is not available

Pelajar cemerlang berhenti belajar kerana kemiskinan?

Terdahulu, kisah pelajar itu tular selepas dilaporkan berhenti belajar di UniKL bagi menyara ibu bapanya yang sakit dan terlantar di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cheras.

Beliau turut menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap kes pelajar berpotensi yang terpaksa menamatkan pengajian akibat masalah kewangan.

image is not available

“Saya mohon kepada masyarakat agar ambil cakna dan maklumkan kepada saya dan MARA jika ada kes-kes pelajar cemerlang seperti ini yang mengambil keputusan sendiri untuk berhenti belajar hanya kerana masalah kemiskinan.
“Saya selalu tekankan, hanya ilmu boleh merubah kehidupan. Insya-Allah, ilmu juga boleh mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan,” ujarnya.