Marah DUN Johor bubar awal tapi Negeri Sembilan lagi 'pramatang' - Ahmad Fadhli

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Marah DUN Johor bubar awal tapi Negeri Sembilan lagi 'pramatang' - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli

MUAR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan pembubaran awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sedangkan DUN Negeri Sembilan juga sama.

Beliau berkata, situasi di Negeri Sembilan lebih wajar dipersoalkan kerana dibubarkan sebelum cukup tiga tahun diibaratkan seperti 'bayi pramatang' yang belum cukup bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

"Anwar datang ke Johor, saya dengar ucapannya marah kerana DUN Johor dibubarkan terlalu awal katanya.

"Paling tidak Johor dibubarkan selepas DUN mencapai umur tiga tahun tetapi Negeri Sembilan dibubarkan belum sampai tiga tahun, belum cukup matang.

"Maknanya anak yang dilahirkan Negeri Sembilan ialah bayi pramatang. Entah hidup entahkan mati," katanya ketika berucap pada Grand Finale PN-Pas di Laman Muafakat, Bakri pada Rabu.

Ahmad Fadhli mendakwa Pakatan Harapan (PH) kini telah menekan butang panik susulan sokongan rakyat yang semakin berkurangan terhadap gabungan itu.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila PH menggerakkan ramai pemimpin termasuk menteri Kabinet untuk turun berkempen di Johor walaupun Parlimen sedang bersidang.

"Butang panik telah pun ditekan oleh PH. Menteri-menteri PH datang ke negeri Johor. Nampaknya ramai menteri datang ke Johor walaupun Parlimen sedang bersidang untuk berkempen.

"Mereka tahu bahawa mereka akan ditolak oleh rakyat. Mereka merasakan bahawa pada hari Sabtu ini mereka akan dihukum oleh rakyat.

"Sebab itu, rakyat Johor kena bertindak dengan cerdik. Maka wahai rakyat Johor, tolaklah PH," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved