Marc Appelt dilantik sebagai Pengarah Urusan MAN Truck & Bus

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2025 • 3:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Marc Appelt dilantik sebagai Pengarah Urusan MAN Truck & Bus

image is not available

23/06/2025 - 15:45

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pengeluar kenderaan komersial, MAN Truck & Bus mengumumkan pelantikan Marc Appelt sebagai Pengarah Urusan baharu.

Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Kewangan di pejabat serantau MAN di Bangkok serta Ketua Sumber Manusia bagi bahagian Jualan dan Pemasaran di ibu pejabat Munich.

Appelt yang berasal dari bandar Lüneburg, Jerman, memberi jaminan MAN kekal komited sebagai rakan kongsi jangka panjang yang boleh dipercayai kepada semua pelanggan.

Graduan Ekonomi itu memiliki lebih 20 tahun pengalaman bersama MAN, termasuk menambah baik operasi bengkel, meningkatkan produktiviti serta menerajui aktiviti jualan dan komersial global.

Appelt menggantikan Andrew O’Brooks, yang kini mengetuai operasi MAN di kluster Greater China selepas menerajui MAN Malaysia selama lima tahun setengah.

Beliau memuji pencapaian terdahulu yang telah mengukuhkan operasi syarikat lebih 30 tahun, termasuk kejayaan transformasi pantas dan kehadiran media sosial.

Keutamaan beliau kini tertumpu kepada perluasan rangkaian pengedar di seluruh negara agar ia menjadi jenama pilihan utama pemilik kenderaan komersial.

Sebagai pengeluar pertama yang memperkenalkan trak berat dengan enjin Euro V, MAN telah membuktikan keupayaan membantu pengangkut menjimatkan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon serta menurunkan jumlah kos pemilikan (TCO).

Walaupun berdepan persaingan daripada jenama lain yang menawarkan harga lebih rendah, Appelt yakin terhadap nilai menyeluruh yang ditawarkan syarikat.

"Alat Ganti Tulen MAN, sama ada baharu atau dibaik pulih disertakan jaminan dua tahun tanpa sekatan jarak perjalanan, menjadikan kenderaan MAN sebagai pelaburan jangka panjang yang berupaya menghasilkan pendapatan secara konsisten," katanya dalam satu kenyataan

Beliau turut merancang untuk mengunjungi pelanggan di seluruh negara bagi memperkukuh hubungan dan memahami keperluan mereka dengan lebih dekat dalam komuniti MAN yang semakin berkembang.- DagangNews.com

standard