
MANCHESTER – Manchester City sedar bakal berdepan tugasan yang lebih rumit menjelang pertemuan menentang Brighton di Etihad pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam ini.
Walaupun berjaya menyingkirkan lawan sama pada pentas Piala Liga Inggeris (EFL), Pengurus The Citizens, Enzo Maresca sedar Brighton adalah pasukan yang berkualiti dan mampu memberikan ancaman besar pada perhitungan kali ini.
Maresca mengakui City tidak mempunyai banyak pilihan dan menuntut komitmen semua pemain bagi mengelak berdepan aib kerana sedar Brighton bakal hadir untuk melunaskan dendam.
“Brighton sedang berada pada detik terbaik, mereka memenangi perlawanan dan mampu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Mereka boleh menjaringkan tiga, empat atau lima dalam satu-satu perlawanan.
“Saya melihat semua perlawanan sejak saingan bermula termasuk permainan mereka. Pada pertemuan dengan Arsenal, Crystal Palace dan Liverpool mereka sentiasa menguasai permainan berbanding pasukan lawan.
“Jadi, kami sedar aksi kali ini akan menjadi perlawanan yang cukup sukar dan mereka pastinya akan tampil dengan kualiti sama seperti perlawanan lepas,” katanya.
Brighton berdepan misi wajib menang selepas tewas dua perlawanan berturut-turut apabila turut kecundang berdepan Liverpool pada aksi EPL minggu lalu sebelum tersingkir daripada saingan EFL.
Sementara itu, Maresca menjelaskan beliau akan menggunakan khidmat Gianluigi Donnarumma selaku penjaga gol utama berbanding wira pasukan, Geronimo Rulli ketika kalahkan Brighton di pentas Piala Liga Inggeris. – AGENSI
The post EPL: City idam kemenangan kedua appeared first on Kosmo Online.





