Marhamah Rosli nafi terlibat amalan dukun, New Age

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 4:45 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kenyataan media berhubung dakwaan terhadap Senator Marhamah Rosli

Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan Senator Marhamah Rosli dengan amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran New Age.

Dalam kenyataan pada Jumaat, pihaknya memandang serius penyebaran kandungan terbabit dan menegaskan dakwaan terhadap Marhamah adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, tangkap layar hantaran Marhamah bertarikh 20 September 2019 yang kini disebarkan dibuat dalam konteks pembangunan insan berdasarkan perkara yang disentuh ketika itu.

Jelasnya, hantaran berkenaan bukan merupakan sokongan atau pengiktirafan terhadap keseluruhan pegangan, ajaran mahupun amalan individu yang dikaitkan dengannya.

“Beliau (Marhamah) tidak pernah mengiktiraf individu tersebut sebagai guru atau pengajar, mempromosi mahupun menyebarkan amalan perdukunan, sihir, azimat atau ajaran New Age,” katanya.

Baca juga:

Pada masa sama, pihaknya memandang serius tindakan mencantumkan tangkap layar hantaran lama itu dengan beberapa video lain sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah kandungan berkenaan menjadi sebahagian daripada rujukan atau amalan Marhamah.

Sehubungan itu, pihak yang menerbitkan atau menyebarkan dakwaan berkenaan dituntut menarik balik dan memadamkan penerbitan, menghentikan penyebaran lanjut serta membuat permohonan maaf dan pembetulan secara terbuka menerusi platform sama dalam tempoh 24 jam.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan perkara ini dirujuk untuk tindakan undang-undang yang sewajarnya, tertakluk kepada nasihat undang-undang.

“Pejabat ini menyeru semua pihak supaya bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dan tidak membina kesimpulan berdasarkan bahan yang dipetik di luar konteks,” menurut kenyataan itu.

The post Marhamah Rosli nafi terlibat amalan dukun, New Age appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved