UTM nafi individu dalam poster tular petugas universiti

5 Sep 2026 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UTM nafi individu dalam poster tular petugas universiti
UTM menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut adalah petugas di universiti itu. Foto Facebook Universiti Teknologi Malaysia

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menafikan individu pada poster tular di media sosial yang didakwa terlibat dalam pergaduhan mulut adalah petugas di universiti itu. 

UTM dalam kenyataan memaklumkan individu itu bukan individu dinamakan dalam poster asal dan pihaknya memandang serius sebarang manipulasi atau penyalahgunaan bahan komunikasi, logo dan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan reputasi staf dan universiti tersebut.

"UTM berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab (dalam penyebaran poster itu).

"Justeru, orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster yang telah diubah suai itu dan hanya merujuk kepada saluran rasmi UTM bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, gambar individu dalam video pergaduhan mulut dengan seorang lelaki kerana didakwa memotong barisan ketika membeli makanan tular di media sosial menerusi poster mendakwa wanita itu petugas di universiti tersebut. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved