Marina Ibrahim dilantik wakil khas Sultan Ibrahim bagi masyarakat Orang Asli

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Marina Ibrahim dilantik wakil khas Sultan Ibrahim bagi masyarakat Orang Asli
Dari kiri: Marina, Md Israk, Onn Hafiz dan Ahmad Zahid pada Majlis Perasmian Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Educity, Iskandar Puteri pada Ahad.
Image from: Marina Ibrahim dilantik wakil khas Sultan Ibrahim bagi masyarakat Orang Asli
Marina dilantik sebagai Pegawai Khas bagi masyarakat Orang Asli di Johor di bawah Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

ISKANDAR PUTERI - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim dilantik sebagai Pegawai Khas bagi masyarakat Orang Asli di Johor di bawah Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai wakil khas kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim bagi mendekati dan memahami keperluan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

"Dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Johor, Sultan Ibrahim, kini ada pegawai khas baharu iaitu Marina Ibrahim.

"Selain itu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Md Israk Abdullah turut membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri ini," katanya.

Beliua berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Educity, Iskandar Puteri di sini pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Marina mampu memainkan peranan berkesan dengan turun padang ke kampung-kampung Orang Asli bagi menyelami sendiri isu serta cabaran yang dihadapi masyarakat berkenaan.

**media[3638060]**

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan segala permasalahan masyarakat Orang Asli dapat dikenal pasti dan diberikan perhatian sewajarnya.

"Saya yakin Marina akan turun ke bawah, termasuk ke kira-kira 60 kampung Orang Asli di Johor untuk menyelami masalah yang dihadapi mereka.

"Seterusnya kemajuan serta kesejahteraan masyarakat Orang Asli akan ditingkatkan," katanya.

Marina pernah berkhidmat sebagai ADUN Skudai sejak Mac 2022, sebelum ini aktif dalam DAP sejak 2017 dan pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kulai pada 2018.

Beliau memenangi kerusi DUN Skudai pada PRN Johor 2022 dengan majoriti 13,943 undi.

Pada Mei lalu, Marina mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi berkenaan dan berundur daripada arena politik bagi kembali memberi tumpuan kepada kerja kemasyarakatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved