Marissa Dania Muat Naik Video Luah Perasaan Tarik Perhatian Netizen

EntertainmentLifestyle
19 Jul 2025 • 4:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia marissa Dania 2

Baru-baru ini, Marissa Dania Hakim, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, mencuri perhatian ramai lepas memuat naik satu video di TikTok yang disertakan lagu berlatarbelakangkan lirik penuh emosi.

Lagu yang digunakan ialah nyanyian penyanyi Indonesia, Shabrina Leanor bertajuk Pendampingmu #TahtaHatiku, yang memang cukup menusuk kalbu bagi sesiapa yang tengah ‘down’.

Kapsyen Marissa Dania buat netizen tertanya-tanya…

image is not available

Apa yang buat netizen terus ‘terpaku’ adalah kapsyen yang ditulis oleh Marissa sendiri. Ringkas, tapi dalam maksudnya:

Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu.

Kenyataan itu pantas cetus pelbagai reaksi dan spekulasi, dengan ramai yang rasa ia seolah-olah mencerminkan perasaan sebenar yang sedang Marissa lalui sekarang.

Netizen luah simpati dan beri nasihat…

@marissadaniahakim_

Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu

♬ suara asli – selebrinaa – ꧁SHABRINA FAN࿐

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap Marissa. Walaupun ada yang masih skeptikal dengan pilihannya sebelum ini, ramai juga yang memilih untuk beri semangat dan kata-kata positif.

Rasa kesian tengok tapi yang ni dia kena terima bila dia sendiri yang pilih jalan ni.- Tulis seorang netizen yang jelas memahami situasi.

Ramai juga yang pesan supaya Marissa utamakan kebahagiaan diri dan jangan terus terperangkap dalam keputusan lalu.

Pssttt! Kadang-kadang, apa yang kita pilih dengan harapan akan bawa bahagia, boleh jadi sebaliknya. Tapi itu bukan titik akhir hidup korang. Ohmedia harap korang yang tengah melalui fasa berat macam ni, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Belajar untuk maafkan, bangkit semula, dan cari semula diri yang hilang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.