Muat Naik Gambar Bersama, Marissa & Umisya Sudah Berbaik?

Entertainment
14 Apr 2024 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, memang kecoh di media sosial tentang kisah anak perempuan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang telah bergelar isteri kedua kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam.

Nampaknya kisah itu semakin reda kerana hari ini, Marissa Dania dilihat telah memuat naik gambar swafoto dirinya bersama madunya, Umisya Mazlan di Instagram Story.

Memetik laporan Berita Harian, Marissa telah memuat naik gambar selfie mereka berdua berserta kapsyen yang berbunyi “Some assumption needs clarification, right?” yang bermaksud sesetengah andaian memerlukan penjelasan yang betul.

image is not available

Gambar swafoto yang dimuat naik itu telah menyebabkan ramai warganet yang berpendapat Umisya dan Marissa mungkin telah berbaik.

Difahamkan, beberapa hari sebelum ini, Umisya ada menjawab soalan warganet menerusi Instagram di mana dia mengatakan dia dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri dan tetap menyambut hari raya bersama.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.