Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

30 Aug 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Marissa meminta  orang ramai untuk berhati-hati ketika bercakap mengenai sesuatu isu. 

"Henti sebarkan khabar angin yang boleh menjurus kepada fitnah. 

"Berhati-hati dengan apa yang anda mahu kata dan fikirkan. Bersyukurlah aib kita masih Allah jaga," katanya dalam hantaran tersebut. 

 

Marissa yang merupakan anak kepada pelakon terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi juga meminta orang ramai untuk tidak risau dan jaga tepi kain sendiri. 

"Walaupun ada perkara yang saya tak jelaskan daripada  pihak saya tapi saya minta untuk orang ramai menjaga hal sendiri," tambahnya. 

Marissa juga berterima kasih kepada mereka yang menyokong dan sentisa faham apa yang dia hadapi. 

Terdahulu, media telah melaporkan bahawa Marissa melahirkan anak dalam keadaan pra matang. 

Suaminya juga, Ahmad Aslam meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan kesihatan isteri tercinta kembali seperti biasa.