Maritim kesan bot guna pukat tunda di zon larangan

12 Jul 2026 • 10:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Maritim kesan bot guna pukat tunda di zon larangan

KOTA KINABALU: Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dikesan menggunakan pukat tunda di kawasan larangan kurang tiga batu nautika dari pantai di perairan Tanjung Tombongon, di sini.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, tindakan itu diambil hasil pengesanan Sistem Pengawasan Maritim Sabah (Swasla) yang mengesan tiga sasaran mencurigakan dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kawasan berkenaan.

Bertindak atas maklumat risikan itu, pasukan penguat kuasa menjejaki dan memeriksa sebuah bot nelayan tempatan yang didapati sedang menunda pukat kira-kira 1.86 batu nautika dari pantai, sekali gus melanggar syarat lesen yang menetapkan aktiviti berkenaan hanya dibenarkan melebihi tiga batu nautika dari daratan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tujuh kru lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun, terdiri daripada seorang warga tempatan, empat warga Indonesia serta dua individu yang memiliki dokumen pengenalan yang meragukan.

“Siasatan lanjut mendapati bot berkenaan melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan larangan, manakala dua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Beliau berkata, bot, tujuh kru, peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan dirampas sebelum diiring ke Jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM450,000.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Maritim Malaysia berkata agensi itu akan terus memperhebat rondaan dan penguatkuasaan di perairan Sabah bagi membanteras aktiviti perikanan haram serta kesalahan maritim lain, di samping melindungi sumber perikanan negara dan menjamin keselamatan perairan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Sabah dan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved