Maritim Pulau Pinang lupus 21 vesel nelayan asing

19 Jul 2024 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maritim Pulau Pinang melupuskan 21 vesel nelayan asing di pekarangan Limbongan Batu Maung pada Khamis. Foto Maritim Malaysia

image is not available
Foto Maritim Malaysia

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang melupuskan sebanyak 21 vesel nelayan asing di pekarangan Limbongan Batu Maung, dekat sini pada Khamis.

Pengarah berkenaan, Kapten Maritim Razali Kasim berkata, kesemua vesel yang dimusnahkan itu ditahan oleh Maritim Pulau Pinang sejak 2022 membabitkan nilai keseluruhan RM45,000.

**media[2732174]**

"Bot atau vesel yang ditahan itu membabitkan sebuah bot yang ditahan pada 2022, 19 bot pada tahun lepas, manakala sebuah lagi ditahan pada awal tahun ini.

"Pihak Maritim Pulau Pinang dalam mengendalikan kes itu telah menggunakan dua kaedah pelupusan iaitu kaedah musnah pecah dan kaedah tenggelam untuk dijadikan tukun di dasar laut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua vesel yang dirampas itu telah dilucut hak terlebih dahulu sebelum dilupuskan. - Bernama