Maritim tahan tiga lelaki dengan 856 batang kayu balak

6 Apr 2024 • 4:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan tiga lelaki dan merampa sebuah bot tunda yang membawa muatan 856 batang kayu balak di kedudukan 0.4 batu nautika selatan muara Sungai Logpond di sini, sekitar jam 10.40 pagi Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tunda bersama baj berisi kayu balak itu ditahan peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Khas Pagar Laut 1/2024, Ops Pluto Timur 2/2023 dan Ops Tiris.

Menurutnya, bot berkenaan dikesan bergerak dari perairan Kalabakan menuju ke perairan Tanjung Batu Logpond untuk proses pemindahan kayu tersebut.

“Pemeriksaan awal ke atas bot tersebut mendapati ada dua lelaki warga tempatan bersama seorang lelaki warga Indonesia di dalamnya berusia antara 18 hingga 60 tahun.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pemeriksaan menyeluruh ke atas dokumentasi bot tunda kemudiannya mendapati salah seorang daripada kru tidak mempunyai daftar di dalam lesen dan gagal memaklumkan pertukaran kru tersebut,” katanya lagi.

Shahrizan berkata, bot bersama muatan dan juragan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952-MSO 1952 kerana melanggar syarat sah lesen.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot tunda, baj dan muatan kayu balak dianggarkan bernilai lebih RM300,000.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Zon Maritim Tawau merekodkan 61 kes pelbagai kesalahan bagi suku tahun pertama 2024 dan 12 kes direkodkan semasa Ops Khas Pagar Laut 1/2024 dilancarkan.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah.

Justeru, beliau memohon orang awam agar menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau pada talian 089-752116 atau MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.