Maritim Sandakan rampas 800 liter petrol bersubsidi

7 Jun 2024 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan merampas 800 liter minyak petrol bersubsidi di pantai Kampung Tanah Merah, di sini pada petang Rabu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim, Muhamad Suhairy Hussain berkata, minyak petrol yang diisi di dalam 32 tong jerigen dirampas selepas aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan sebuah bot pancung disyaki penyeludup.

“Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam operasi pada pukul 5.00 petang telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan bergerak menuju ke perairan Tanjung Batu.

“Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti dengan menggunakan pembesar suara dan siren untuk pemeriksaan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, bot tersebut telah berpatah balik dan memecut laju menuju ke pantai berhampiran Tanah Merah Sandakan dalam usaha meloloskan diri daripada dikejar,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis.

Muhamad Suhairy berkata, dua suspek yang berada di dalam bot berjaya meloloskan diri dan meninggalkan bot pancung tersebut.

“Bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan menggunakan enjin sangkut 75 kuasa kuda itu berjaya ditahan pada pukul 5.30 petang di kedudukan 0.3 batu nautika barat Kampung Tanah Merah Sandakan,” tambahnya.

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.