Maritim tahan tiga lelaki, dua bot

28 Apr 2024 • 10:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot kerana melakukan pelbagai kesalahan di luar pesisir timur Kampung Pangkalan, Kunak dan selatan Pulau Timbun Mata.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr Suzanna Razali Chan, berkata kedua-dua bot itu masing-masing ditahan pada pukul 10.15 pagi dan 11.15 pagi, pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua bot itu didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan, dan Seksyen 26 akta sama kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun atau bahan hakisan lain.

“Tiga lelaki tempatan berusia antara 33 dan 41 tahun turut ditahan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Bagaimanapun, salah seorang anak kapal bot yang melakukan kesalahan mengebom ikan itu dipercayai terjun ke laut sebelum melarikan diri ke daratan terdekat.

Turut dirampas sebuah bot pam dan enjinnya, segulung hos pemampat dan sebotol bahan letupan yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Anak-anak kapal ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk siasatan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.