
SANDAKAN: Cubaan menyeludup 425 kilogram minyak masak bersubsidi di perairan Sandakan digagalkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi yang dilaksanakan baru-baru ini.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi Op Pluto Timur 2/2013 dan Op Tiris 3.0 menemukan sebuah kapal kargo kecil yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan berhampiran Kampung Sundang Laut, sekitar pukul 5.45 petang.
“Pemeriksaan lanjut menemui 25 bungkusan plastik hitam mengandungi 425 peket minyak masak bersubsidi seberat 425 kilogram.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kesemua barangan tersebut dipercayai cuba diseludup keluar tanpa permit ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan.
Rampasan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala kapal terbabit ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani aktiviti penyeludupan barangan kawalan yang mengancam ekonomi negara dan hak rakyat.
Justeru, orang awam, khususnya komuniti maritim, disaran menyalurkan maklumat atau aduan mengenai sebarang kegiatan jenayah di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan pada talian 089-229504.


