Maritim tumpas cubaan seludup keluar 6,000 liter petrol di Kudat

LocalPolitics
15 Feb 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol ke Filipina gagal ekoran tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dekat sini pagi tadi (Sabtu).

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kira-kira jam 4.00 pagi pada Sabtu, pihaknya telah menerima maklumat daripada Unit Risikan Zon Maritim Kudat berkenaan kegiatan terbabit.

AdvertisementMenurut Hasbullah, bertindak atas maklumat tersebut, aset ronda Zon Maritim Kudat, Bot Adal 04 yang pada ketika itu sedang menjalankan rondaan Op Sejahtera /Oo Tiris /OP Pluto Timur dan Op Cegah PATI segera diatur gerak ke lokasi.

Katanya, pada jarak kira-kira 2.8 batu nautika barat laut Pulau Mandi Darah, bot suspek telah berjaya dikesan iaitu sebuah pam bot sedang bergerak perlahan dan mencurigakan dalam keadaan gelap.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Semasa bot suspek cuba dihampiri, dua individu bertindak nekad terjun ke kawasan cetek dan melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan membawa muatan 30 tong berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan 6000 liter serta enam tong gas berwarna kuning."