Mark Zuckerberg kini mengatakan Meta mungkin kelak akan menyertai pasaran perniagaan perkomputeran awan – lebih kurang seperti Google, Microsoft dan Amazon, sekiranya pelaburan mereka dalam pusat data mempunyai kapasiti tambahan yang boleh dijual.

Seperti ramai sedia maklum, selari dengan pembangunan kecerdasan buatan, pelbagai syarikat turut melakukan pelaburan tinggi dalam arena pusat data. Meta tidak ketinggalan, dan sedia melakukan pelaburan tinggi – apatah lagi dengan perkhidmatan mereka digunakan berbilion pengguna setiap hari di dunia.
Mark Zuckerberg menyatakan mereka sering menerima pertanyaan untuk penawaran perkhidmatan API dan juga perkomputeran awan yang boleh dibeli daripada mereka. Selain perniagaan ini, Meta juga telah mula menawarkan pelan langganan berbayar untuk Facebook, WhatsApp dan Instagram pada peringkat global.
Langkah-langkah ini dilihat membuatkan Meta untuk bersedia untuk menyertai dan mempelbagaikan pendapatan mereka, sekaligus tidak bergantung kepada pengiklanan semata-mata.


