Mark Zuckerberg : Sokongan NFT Akan Diperluaskan Ke Facebook Dan Instagram Stories

TechnologyDigital
21 Jun 2022 • 11:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi beberapa perkara baru yang ditujukan kepada penerbit kandungan, termasuk melibatkan koleksi digital atau NFT.

Untuk makluman, sebelum ini Meta telah menambah ciri NFT pada Instagram, tetapi terhad kepada sejumlah pengguna di Amerika Syarikat.

image is not available

Lanjutan daripadanya, Meta kini akan memperluaskan sokongan NFT kepada lebih ramai penerbit kandungan di Instagram tidak lama lagi.

Disamping itu, Mark Zuckeberg turut mengatakan mereka akan memperluaskan sokongan NFT ke platform Facebook, dan turut akan menguji NFT pada Instagram Stories dan juga SparkAR.