Markah Penanda Aras Apple A18 dan A18 Pro Tertiris Menunjukkan Peningkatan Kecil

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 7:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Apple A18 dan A18 Pro baru sahaja diumumkan semalam dengan ia menjadi “enjin” kepada iPhone 16 dan iPhone 16 Pro. Saban tahun Apple berahsia mengenai spesifikasi cip menyebabkan maklumat sebenar mengenai prestasi hanya akan diketahui selepas peranti dibeli. Hari ini skor penanda aras Geekbench 6 untuk A18 dan A18 Pro tertiris menunjukkan peningkatan yang kecil.

image is not available

Dalam ujian satu teras A18 mencatatkan 3114 markah sementara A18 Pro mencatatkan 3018 markah. Sementara itu dalam ujian multi teras pula A18 mencatatkan 6666 markah sementara A18 Pro pula mencatatkan 7751 markah. Adalah agak aneh markah satu teras A18 Pro adalah 3.1% lebih rendah berbanding A18. Hanya dalam ujian multi teras skor A18 Pro adalah 16.3% lebih tinggi. Berdasarkan ujian sintetik ini, perbezaan antara kedua-dua cip adalah tidak begitu jauh.

Apabila dibandingkan pula dengan cip A17 Pro, skor satu teras A18 Pro adalah hanya 3.5% lebih tinggi dan multi teras pula hanya 8.2% lebih tinggi. Perkara positif di sini ialah prestasi A18 juga tidak begitu jauh ketinggalan berbanding A17 Pro.

image is not available

Harus ditegaskan di sini, markah yang tertiris ini mungkin daripada peranti ujian awal. Kami akan cuba melakukan ujian sendiri sekiranya dapat mengulas siri iPhone 16 kelak.