Marsha Milan Akhirnya Bersuara Selepas Menang AJL39

LocalEntertainment
17 Feb 2025 • 10:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Marsha Milan juara AJL39

Selepas 20 tahun dalam industri muzik, penyanyi berbakat besar Marsha Milan Londoh akhirnya berjaya menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) menerusi lagu Hening Rindu!

Menurut laporan mStar, Marsha berkata yang kemenangan ini adalah sesuatu yang sangat bermakna buatnya kerana terlalu banyak cabaran yang telah dilaluinya sepanjang perjalanan seni.

Trofi kemenangan ini sangat bermakna sebab saya dah 20 tahun dalam industri membina nama. Ramai saksikan kesukaran saya dalam industri dan kemenangan saya kecapi ni besar maknanya.

Tak sangka boleh menang!

image is not available

Marsha mengakui bahawa dia langsung tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang kategori, apatah lagi menjuarai pentas AJL.

Baginya, peluang beraksi di pentas AJL sudah cukup besar dan berharga.

Marsha Milan ucap terima kasih pada Akim dan Stacy!

image is not available

Bukan tu jer, Marsha juga tidak lupa untuk menghargai pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy yang telah membuka ruang buatnya untuk bertanding di pentas AJL36 menerusi lagu Cinta sebelum ini.

Tidak dapat dinafikan, kemenangan di AJL39 kali ini benar-benar membuktikan kehebatan vokal dan bakat Marsha sebagai penyanyi versatil dalam industri.

#ApaKataOhmedia

Kejayaan tak datang dalam sekelip mata. Usaha bertahun-tahun Marsha akhirnya membuahkan hasil. Jangan pernah putus asa, kerana rezeki akan sampai tepat pada masanya!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.