Marshanda Tak Trauma Kahwin, Sedia Terima Orang Baru

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 5:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon terkenal Indonesia, Andriani Marshanda tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga semula selepas kegagalan dalam perkahwinannya bersama aktor Ben Kasyafani.

image is not available

Foto: Instagram Marshanda

Menurut laporan BanjarmasinPost.co.id, Marshanda tidak trauma untuk menikah lagi dan membuka peluang untuk berumah tangga.

Namun calon suaminya diminta untuk tidak menghalang akitiviti kerana dirinya yang sering bergiat aktif.

“Ada orang yang menikah, namun gagal buatkan mereka trauma dan tidak mahu menikah lagi. Saya tidak begitu.
“Saya masih terbuka, membuka diri sekiranya bertemu jodoh, mendirikan rumah tangga semula, memiliki anak lagi,” katanya.

image is not available

Foto: Instagram Marshanda

Pada masa sama, Marshanda berharap dapat bertemu dengan lelaki yang memahami kesibukannya itu.

“Saya seorang yang aktif, suka berekreasi dan berkarya. Sekiranya saya sudah mempunyai pasangan, saya akan mengutamakan dia dan keluarga saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Marshanda pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ben Kasyafani pada 2 April 2011.

Mereka bagaimanapun bercerai pada 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan mereka iaitu Sienna Ameerah Kasyafani yang kini berusia 11 tahun.