MAS Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Tetapi Bersyarat

4 Sep 2023 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaharu, MAS benarkan penumpang bawa makanan sendiri tetai perlu patuhi syarat

MAS Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri, Tetapi Bersyarat. Seperti yang diketahui umum, setiap penumpang dalam kapal terbang biasanya akan membeli makanan yang disediakan oleh syarikat penerbangan masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan bahawa penumpang boleh membawa makanan sendiri, ekoran isu katering yang sedang dihadapi syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: nst

Disebabkan kontrak telah ditamatkan dengan BFS

Isu tersebut berlaku dipercayai selepas pihak MAS menamatkan kontrak dengan pembekal makanan mereka, iaitu Brahim’s Food Services (BFS). Susulan itu, beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini.

Menurut sumber, MAS kini menggunakan perkhidmatan daripada lapan syarikat katering yang berbeza bagi memenuhi keperluan makanan penumpang, setelah 26 tahun menggunakan perkhidmatan BFS.

Boleh bawa, tapi perlu memenuhi panduan keselamatan

Dalam pada itu, walaupun penumpang dibenarkan membawa makanan sendiri, namun penumpang perlu memenuhi garis panduan keselamatan had cecair, gel dan aerosol yang ditetapkan seperti sebelum ini.

Garis panduan yang ditetapkan itu tidak boleh melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada atau transit di lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Penumpang memesan makanan juga tidak tersedia buat masa ini

Sementara itu, difahamkan makanan yang boleh dipanaskan sendiri turut dilarang sama sekali untuk membawa ke dalam pesawat. Malah, bagi sesiapa yang memesan makanan khas juga tidak tersedia buat masa ini.

image is not available
Sumber: nst

Susulan perkara tersebut, pihak MAS membenarkan penumpang untuk membawa makanan sendiri, tetapi hanya kepada laluan yang terjejas sahaja.

Dalam tempoh peralihan itu, pihak MAS masih menyediakan hidangan atau makanan dan minuman ringan dalam penerbangan kepada penumpang.

MAS juga boleh guna PED semasa berlepas dan mendarat

Bahkan untuk makluman, pihak Malaysia Airlines Group (MAG) turut mengumumkan bahawa penumpang boleh menggunakan peranti mudah alih (PED) semasa berlepas dan mendarat, bermula 1 Julai lalu.

Baca juga artikel yang berkaitan: