MAS Umum Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Kerana Isu Katering

4 Sep 2023 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perbezaan yang ketara ketika menaiki penerbangan MAS dengan Air Asia ialah makan akan diberikan kerana termasuk dengan harga tiket.

Menurut laporan TMI, MAS telah mengumumkan penumpang mereka diberikan pilihan membawa bekalan makanan sendiri dalam pesawat kerana isu katering yang sedang dihadapi sekarang.

image is not available

Malah, isu katering yang menyebabkan beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini selepas mereka menamatkan kontrak dengan pembekal mereka Brahim’s Food Services (BFS).

Selepas 26 tahun menggunakan perkhidmatan BFS, MAS kini menggunakan perkhidmatan daripada lapan syarikat katering berbeza.

image is not available

Namun, penumpang dibenarkan untuk membawa makan sendiri, mereka masih perlu memenuhi garis panduan keselamatan had cecair, aerosol dan gel yang ditetapkan sebelum ini.

Tambahan, cecair misalnya masih terhad kepada 100ml sementara makanan yang boleh dipanaskan sendiri juga tidak dibenarkan.

Terdahulu, kami ada kongsikan kisah mengenai video yang tular di media sosial mengenai pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dijadualkan berlepas dari Sydney tetapi terpaksa berpatah balik kerana kekecohan yang berlaku disebabkan seorang lelaki.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Bagi pasaran Malaysia, terdapat 2 varian ditawarkan iaitu : 1) Model 3 RWD RM189,000 2) Model RWD Long Range RM218,000. Dari segi warna hanya satu pilihan “Pearl White Multi-Coat”. Tapi korang boleh dapatkan 2 warna lain “Solid Black” atau Deep “Blue Metallic “dengan menambah RM5,000. Tempahan sudah dibuka di laman web Tesla Malaysia dengan bayaran tempahan RM1,000. Mohhh lerrr kiteee! Kredit: Careta #trendingnewsmalaysia #tesla #model3

♬ Sequência da Dz7 – MC Menor Do Alvorada & TRASHXRL