MAS Buat ‘Survey’, Bakal Benarkan Pramugari Bertudung & Seragam Tutup Aurat?

18 Jan 2023 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, syarikat penerbangan British Airways telah memperkenalkan uniform baharu yang lebih sopan untuk pramugari mereka.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah syarikat penerbangan ini juga menyediakan pilihan tunik dan tudung buat kru kabin yang berhijab.

Malaysia Airlines bakal tukar uniform?

Sehubungan itu, Malaysia Airlines (MAS) yang terkenal dengan uniform ikonik kebaya telah membuat survey berkaitan pakaian seragam pramugari yang dipakai syarikat penerbangan tersebut.

image is not available

Menerusi emel yang dihantar MAS kepada penggunanya, mereka katanya berhasrat untuk membawa pembaharuan kepada seragam pramugari untuk menjadi lebih inklusif dalam pada mengekalkan gaya anggun dan klasik yang dibawa MAS.

Dalam tinjauan survey tersebut, antara soalan yang diajukan MAS ialah berkenaan pendapat pengguna terhadap seragam kebaya, sama ada ia patut diberi imej sopan atau tidak.

Manakala soalan lain yang ditanya MAS pula berkaitan sama ada pramugari patut diberikan pilihan untuk memakai tudung ketika bertugas di kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa.

image is not available

Walau bagaimanapun, survey berkenaan telah ditutup MAS selepas mendapat respon yang banyak daripada netizen.

Terdahulu, kebenaran memakai tudung bagi pramugari MAS juga telah lama diperjuangkan oleh beberapa Ahli Parlimen dari PAS.

Malah semasa pemerintahan PM ke-8, Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan pada ketika itu berkata kerajaan tiada masalah jika pramugari beragama Islam memilih pakaian yang menepati kehendak syariah selagi ia mematuhi kriteria yang ditetapkan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta syarikat penerbangan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.