MAS Nafikan Laporan Makanan Tidak Lagi Disediakan Dalam Pesawat Mereka

TechnologyDigital
5 Sep 2023 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari yang lalu kami laporkan MAS akan membenarkan penumpang membawa bekalan makanan sendiri berikutan isu katering mereka menyebabkan berlakunya kelewatan pada beberapa penerbangan mereka. Ini menimbulkan ura-ura mengatakan MAS tidak lagi menawarkan makanan dalam pesawat di media sosial. MAS kini mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka akan terus menawarkan makanan kepada penumpang tetapi dengan beberapa perubahan.

image is not available

Pertama sekali makan yang diprabungkus akan ditawarkan dalam penerbangan dalam negeri. Sementara itu dalam penerbangan antarabangsa pula, perubahan menu akan dilakukan bergantung kepada laluan.

Tetapi mereka mengesahkan pesanan makanan istimewa (kerana diet), Chef-on-Call, naik taraf makanan dan melakukan prapesan makanan tertentu tidak akan ditawarkan pada waktu ini tanpa tarikh bilakah ia akan dikembalikan.Sungguhpun begitu pelanggan masih dibenarkan membawa makanan sendiri asalkan ia mematuhi garis panduan keselamatan yang telahpun ditetapkan serta adalah halal.

MAS menamatkan kontrak katering lebih 20 tahun mereka dengan Brahim’s Food Services bermula 1 September lalu yang menyebabkan berlakunya isu bekalan makanan dalam pesawat.