Masa kempen anak muda dicari, masa jadi calon dipersoal – Adam Adli

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 2:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Golongan muda tidak seharusnya hanya menjadi tenaga penggerak kempen pilihan raya, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk turut berada di barisan hadapan sebagai calon dan wakil rakyat, lapor Astro Awani.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, terdapat percanggahan apabila anak muda sering diharapkan untuk membantu jentera parti sepanjang pilihan raya, namun kelayakan mereka dipertikaikan apabila diberi peluang bertanding.

Image from: Masa kempen anak muda dicari, masa jadi calon dipersoal – Adam Adli

Foto arkib: Bernama

Menurutnya, anak muda memainkan peranan besar dalam menggerakkan kempen politik termasuk memasang bendera, kain rentang, mengedarkan bahan kempen serta menarik kehadiran orang ramai ke ceramah.

“Mana-mana parti politik pun yang pacak bendera, pasang kain rentang, kumpul orang untuk ceramah, edar poster, suruh bergaduh dalam sosial media adalah orang muda tapi jadi calon tak boleh muda. Susahlah macam itu,” katanya.
Image from: Masa kempen anak muda dicari, masa jadi calon dipersoal – Adam Adli

Foto arkib: FB Adam Adli

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran manifesto ‘Aspirasi Melaka Rumah Kita’ oleh Pakatan Harapan (PH) di Bilik Gerakan Utama PH, di Ayer Keroh, hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, tanggapan bahawa calon muda kurang pengalaman dan kematangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menutup ruang mereka menyertai kepimpinan politik.

Sebaliknya, peluang perlu diberikan lebih awal supaya generasi baharu dapat membina pengalaman dan mengembangkan kemampuan mereka dalam bidang berkenaan.

“Jika kita tidak mulakan sekarang, maka kita tak mampu untuk bangunkan pengalaman yang lebih lengkap bagi golongan ini. Dalam lima tahun, 10 tahun akan datang mereka kita harapkan boleh kumpul pengalaman bermula pada sekarang,” ujarnya.

Beliau turut berpandangan perbezaan pendekatan komunikasi antara pemimpin muda dengan golongan lebih berpengalaman merupakan sesuatu yang perlu diterima, bukannya dijadikan ukuran mutlak terhadap keupayaan seseorang calon.

Jelasnya, pengalaman sebenar dalam kepimpinan hanya dapat dibina apabila golongan muda diberikan ruang untuk memikul tanggungjawab dan membuktikan kemampuan masing-masing.

Image from: Masa kempen anak muda dicari, masa jadi calon dipersoal – Adam Adli

Foto arkib: FB Adam Adli

Bagaimanapun, Adam Adli mengingatkan parti politik supaya tidak menganggap pencalonan individu muda secara automatik mampu menarik sokongan pengundi daripada kelompok usia berkenaan.

Jelasnya, kecenderungan politik golongan muda turut dipengaruhi pelbagai faktor termasuk latar belakang keluarga, persekitaran sosial dan kandungan yang mereka ikuti menerusi media sosial.

Sehubungan itu, calon muda perlu berusaha mendapatkan keyakinan merentas generasi, termasuk dalam kalangan pengundi lebih berusia yang mungkin mempunyai perspektif berbeza terhadap kepimpinan.

Beliau berkata, penyertaan calon daripada pelbagai peringkat umur penting bagi memastikan kepelbagaian demografi pengundi turut diwakili dalam landskap politik negara.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved