Masa mencabar bagi minyak sawit

15 Dec 2022 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

INDUSTRI sawit berdepan masa mencabar berikutan peningkatan kos buruh, baja dan operasi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ini ditambah dengan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang turun naik dari minggu ke minggu dan di luar kawalan pemain industri.

“Pada masa ini, dengan harga MSM dalam lingkungan RM3,500 setan metrik (Mt) hingga RM4,000/Mt, ia akan memberi kurang hasil bagi Sabah berbanding awal 2022.

“Oleh itu, adalah sangat penting bagi pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam kelapa sawit untuk memantau kawalan kos dan produktiviti pekerja,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-137 Sabah Softwoods Berhad di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada 2 Dis.

Namun begitu, Sabah Softwoods telah menunjukkan prestasi yang baik pada dua suku pertama 2022, kata Hajiji yang juga Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.

Menteri Kewangan Negeri itu juga optimis Sabah Softwoods yang berjaya mencatatkan hasil dan keuntungan lebih tinggi tahun ini, mampu membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham selain memberi lebih banyak faedah kepada pekerja dari segi pembayaran gaji dan bonus.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Sabah Softwoods atas ulang tahun ke-50nya yang akan disambut tahun depan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Datuk Haji Mohd Daud Tampokong dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.