Masa Menunggu Dijangka Sehingga 5 Jam, Tular Luahan Doktor Hospital Kerajaan Di Kedah – “Kami Juga Manusia, Boleh Penat Dan Sakit”

16 May 2024 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di Facebook sekeping gambar yang memaparkan luahan individu dipercayai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di Kedah.

 

Kekurangan doktor, masa menunggu lebih lama

Luahan itu adalah tentang keadaan di hospital terbabit yang kekurangan doktor dan ia menyebabkan masa menunggu menjadi lebih panjang.

Minta maaf, kami menghadapi kekurangan doktor. Masa menunggu doktor mungkin sampai 5 jam.

image is not available

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, individu yang menulis luahan tersebut turut berkata terdapat doktor yang pengsan dan sakit akibat kepenatan namun tetap meneruskan kerja mereka.

Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta. Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia. Boleh penat dan sakit. Harap faham, minta maaf.

Dah diberikan surat tunjuk sebab?

Dalam perkongsian lain, seorang pengguna Facebook mendakwa pegawai perubatan yang menulis luahan di papan putih ini telah diminta memberi surat tunjuk sebab.

Individu tersebut kecewa apabila rayuan untuk penambahan tenaga kerja sejak beberapa bulan lalu tidak diberi perhatian sehingga terpaksa menulis sebegitu.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved