
Di Facebook, tular satu hantaran gambar memaparkan luahan seorang individu dipercayai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan terletak di Kedah.
Luahan yang ditulis di papan putih itu mengenai kekurangan doktor di hospital menyebabkan masa menunggu lebih lama.
Doktor terlebih dahulu meminta maaf di atas masalah itu dan menjelaskan mereka sebenarnya sudah bekerja keras sehingga ada yang pengsan dan jatuh sakit.

Ada juga doktor yang sudah meletakkan jawatan dan berkhidmat di klinik swasta. Doktor yang tinggal mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi mereka juga manusia yang akan merasa letih.
Mereka berharap pesakit dapat memahami masalah kekurangan doktor yang dihadapi mereka buat masa ini.
Dalam perkongsian lain, seorang pengguna Facebook mendakwa pegawai perubatan yang menulis luahan di papan putih ini telah diminta memberi surat tunjuk sebab.

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila rayuan untuk penambahan tenaga kerja sejak beberapa bulan lalu tidak diberi perhatian sehingga terpaksa menulis sebegitu.
Kredit: Facebook Syahid Said



