Masalah utama dalam kes Najib adalah Shafee masih mengitar semula naratif lama — khususnya hujah “derma Arab”

Opinion
31 Mar 2026 • 6:00 PM MYT
Yukiepedia
Yukiepedia

Your Malaysian politics dictionary

Image from: Masalah utama dalam kes Najib adalah Shafee masih mengitar semula naratif lama — khususnya hujah “derma Arab”
Picture from Google Gemini's Image Generation (Nano Banana)

Masalah utama dalam kes Najib adalah ialah Shafee masih mengitar semula naratif lama — khususnya hujah “derma Arab”.

Hujah ini bukan benda baru.

Ia telah dibawa dalam kes jenayah SRC dan juga 1MDB Tanore.

Dan realitinya?

Ia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan.

Dalam konteks jenayah, standard bukti adalah *beyond reasonable doubt*.

Pun begitu, hujah “derma Arab” gagal.

Sekarang kita masuk ke kes sivil.

Standard bukti jauh lebih rendah, iaitu *balance of probabilities*.

Jadi persoalannya mudah

1. Jika hujah itu gagal dalam standard yang lebih tinggi, bagaimana ia boleh bertahan dalam forum yang ambang buktinya lebih rendah?

Ya, secara teknikal, keputusan kes jenayah tidak mengikat mahkamah sivil.

Tetapi secara praktikal dan “judicial common sense”, dapatan fakta oleh tiga peringkat mahkamah tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Lebih menarik, kita kena lihat kronologi.

Kes sivil ini tidak difailkan pada 2018 ketika isu ini mula timbul.

Ia hanya difailkan selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib Razak.

Apa maksudnya?

2. Ia menunjukkan tindakan SRC lebih bersifat reactionary, bukan satu cause of action yang berdiri sendiri sejak awal.

Tujuan mereka jelas, iaitu untuk “follow the money” dan mendapatkan semula dana.

Tetapi di sinilah timbul persoalan yang lebih fundamental.

3. Jika objektifnya adalah untuk mendapatkan semula wang , bukankah SRC sudah pun menerima pemulangan melalui

👉 penyitaan aset

👉 pemulangan dana

👉 recovery daripada pelbagai proses berkaitan 1MDB

Jadi persoalan seterusnya:

4. Jika duit itu sudah dipulangkan, apa lagi yang SRC mahu daripada tindakan sivil ini?

Dan lebih penting, kita kena lihat struktur entiti.

SRC berada di bawah 1MDB, dan 1MDB pula di bawah Kementerian Kewangan.

Maka, jika ada bayaran diperintahkan terhadap Najib, siapa sebenarnya penerima akhir?

👉 SRC?

👉 1MDB?

👉 MOF?

atau akhirnya

👉kerajaan sendiri?

Ini bukan sekadar isu undang-undang, tetapi isu struktur liabiliti dan logik tuntutan.

Jadi angle pembelaan yang lebih kukuh sepatutnya bergerak ke arah:

👉Cabar isu “double recovery”

👉Persoalkan locus dan tujuan sebenar tindakan

👉 Nilai sama ada ini benar-benar untuk keadilan atau sekadar pengulangan litigasi terhadap individu yang sama

Ada tak Shafee guna mana-mana hujah ini? Tidak.

Asyik asyik derma Arab, Addendum...Macam siot. Sekali tak terima, tak terima lah. Pandai lantun poin dengan cara lain lah.

Perlu buat law ke untuk faham benda simple ini?

Kesimpulannya mudah.

Menggunakan semula hujah yang telah gagal di tiga peringkat mahkamah dalam forum yang ambang buktinya lebih rendah bukan strategi.

Ianya adalah kebodohan gred satu.

Dan dalam litigasi, kalau tak repair poin dulu, sudah pasti lah poin sama akan gagal berkali-kali.

Ini top lawyer apa benda entah lah.

Saya tak baca alasan penghakiman lagi.

Tetapi saya gerenti Najib bersalah kerana confession di bawah ini.

Masa Shafee buat sidang media hari itu pun saya dah cakap implikasi statement Najib ini berbahaya dan Najib akan kalah kes ini.

Terjadi juga bukan?

Najib memang pakar dalam bab salah pilih orang.


Yukiepedia (yukiepedia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.