Masalah Wi-Fi punca gangguan transaksi Budi95 di Pasir Gudang: Petron

LocalTechnology
1 Oct 2025 • 1:31 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Gangguan sambungan Wi-Fi dikesan sebagai punca transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor tersekat.

Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) dalam satu kenyataan menjelaskan, insiden membabitkan seorang pelanggan itu adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit.

“Kami (Petron) telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak. Isu ini adalah terpencil.

“Semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan kami akan terus memastikan urusan pelanggan berjalan lancar,” demikian jelas Petron menerusi kenyataannya di Facebook, lapor Bernama.

Menerusi kenyataan itu, Petron turut menasihati pelanggan yang mengalami sebarang isu untuk menghubungi Petron Care melalui talian 1300 228 211 atau e-mel ke petroncare@petron.com.my bagi mendapatkan bantuan.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang pelanggan mengalami gangguan transaksi ketika berurusan di stesen minyak Petron di Pasir Gudang.

Pelaksanaan sistem Budi95 memasuki ujian sebenar apabila lebih 16 juta rakyat menebus inisiatif subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter bermula semalam (Selasa).

Ia menguji kecekapan sistem digital yang dibangunkan kerajaan, malah turut dilihat sejauh mana penyelarasan antara stesen minyak, penyedia teknologi, dan agensi pelaksana mampu menangani lonjakan jumlah pengguna secara serentak. - 1 Oktober, 2025

The post Masalah Wi-Fi punca gangguan transaksi Budi95 di Pasir Gudang: Petron appeared first on Scoop.