“MashaAllah sempurna”- Netizen Terharu Lihat Persembahan Tarian Tradisional Daripada Pelajar PPKI

25 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 25T162612.449

Usaha tangga kejayaan, itulah ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kesungguhan sekumpulan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang membuktikan bahawa kekurangan diri bukanlah penghalang untuk menyinar dalam bidang seni tarian.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di TikTok muat naik akaun @adikaraart_studio, kelihatan sekumpulan pelajar PPKI begitu teruja dan bersemangat membuat persembahan tarian tradisional di hadapan warga sekolah.

Artikel berkaitan: “Ewah!” – Tarian & Persembahan Antara Tarikan Menarik Di Pavilion Negeri MAHA 2026!

Artikel berkaitan: Pusat Beli-belah Di Hanoi Kecoh, Lelaki Terj*tuh Dari Tingkat 4 Selepas Persembahan Tarian Budaya Malaysia

@adikaraart_studio

Tarian Melayu Asli oleh Penari Adikara (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas) PPKI . Mewakili Kontinjen Selangor ke Karnival Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2026 Pencapaian : Johan Keseluruhan Anugerah Sususan Muzik Terbaik Anugerah Penari Wanita Terbaik Koreografer Cikgu @abuzarghfry_ MUA @Erma Ahmad , Hairdo @8COUNT ENTERTAINMENT #pendidikankhas #ksk2026 #tarianmelayuasli #tariantradisional #persembahantariantradisional

Bukan sahaja lengkap dan segak mengenakan busana tarian tradisional bertema rona hijau berbaju kebaya labuh bagi pelajar perempuan dan bersamping bagi pelajar lelaki, malah setiap gerak-geri tarian yang dipersembahkan kelihatan cukup lincah dan kemas

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah kesungguhan mereka menghafal setiap langkah tarian. Dari gerakan tangan sehinggalah susunan formasi di atas pentas, semuanya dilakukan dengan penuh disiplin dan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan kagum melihat kebolehan luar biasa anak-anak istimewa ini. Ramai yang menzahirkan ucapan tahniah buat para guru serta mendoakan kejayaan pelajar-pelajar berkenaan.

cats 18

Difahamkan, kumpulan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini terdiri daripada kanak-kanak yang mendepani pelbagai cabaran masalah pembelajaran, termasuk disleksia, ADHD, serta masalah pendengaran dan intelek.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved