Masih Bertali Pusat, Seorang Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak di Sebuah Perhentian Bas

Entertainment
27 Sep 2025 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat telah ditemui di sebuah perhentian bas yang tidak jauh dari sebuah surau di Alai, Melaka pada malam tadi.

Bayi lelaki yang tersebut telah diletakkan di dalam sebuah kotak dalam keadaan ditutupi kain sebelum ditemui oleh penduduk sekitar kawasan itu, lapor Harian Metro.

Pihak polis kemudiannya telah bergegas ke lokasi tersebut setelah dihubungi oleh orang awam.

Bayi berkenaan seberat 2.7 kilogram telah dibawa ke surau berdekatan perhentian bas itu selepas ditemui.

image is not available

Difahamkan juga, selepas diperiksa oleh pihak perubatan Hospital Melaka, bayi lelaki itu dianggarkan berusia tujuh hari.

Namun, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan mangsa dan bayi berkenaan juga berada dalam keadaan sihat.

Memandangkan tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan, tidak dapat dipastikan identiti individu yang meletakkan bayi tersebut di perhentian bas berkenaan.

Difahamkan juga, menurut laporan doktor, bayi tersebut sihat, namun dalam masa yang sama, bayi itu menghidap down sindrom.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.