“Masih dalam perbincangan, kita akan setuju” – PAS sedia guna logo BN pada PRN Melaka

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS bersedia menggunakan logo Barisan Nasional (BN) sekiranya kedua-dua parti mencapai persetujuan untuk menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan logo sama ada milik PAS atau BN bergantung kepada hasil rundingan antara kedua-dua pihak yang masih berlangsung ketika ini.

Menurutnya, keutamaan PAS adalah memastikan kepemimpinan Melayu dan Islam di Melaka, selain mendakwa kebanyakan pemimpin BN memberikan respons positif terhadap cadangan kerjasama tersebut.

“(Penggunaan logo) kita masih dalam perbincangan. Kita akan setuju,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, PAS tetap akan meneruskan usaha untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) sekiranya BN memilih untuk bekerjasama dengan gabungan berkenaan.
“Kita tetap usahakan supaya PH kalah di Melaka,” katanya.

Image from: “Masih dalam perbincangan, kita akan setuju” – PAS sedia guna logo BN pada PRN Melaka

Bagaimanapun, beliau berkata, soal pembahagian kerusi antara parti yang terlibat masih belum dimuktamadkan.

Terdahulu, BN dilaporkan akan membincangkan bentuk kerjasama politik serta penggunaan logo bagi menghadapi PRN Melaka.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, perkara berkenaan akan dimuktamadkan selepas perbincangan dengan kepemimpinan berkaitan selesai.

Pada 23 September lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan sehari sebelumnya.

RoS menjelaskan tindakan tersebut bukan pembatalan pendaftaran PN, sebaliknya bagi memberi ruang kepada gabungan itu memberikan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Shariza Abdullah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved