PRN Melaka: “Moga perpaduan ummah makin kukuh” – Akmal sambut baik rundingan UMNO-PAS

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 4:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO menyambut baik usaha menjalin kerjasama dengan PAS dalam memperkukuh agenda perpaduan ummah, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berharap Melaka dapat menjadi saksi kepada usaha penyatuan kedua-dua parti itu.

“Alhamdulillah, kami menyambut baik cadangan dan usaha ini.
“Mereka boleh halang dengan menggunakan kuasa yang mereka ada, tetapi Allah balas dengan perkara yang jauh lebih baik.
“Moga ini dapat lagi memperkukuhkan perpaduan ummah ini dan Melaka akan menjadi saksi, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Image from: PRN Melaka: “Moga perpaduan ummah makin kukuh” – Akmal sambut baik rundingan UMNO-PAS

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berlangsung serta menyifatkan perkembangannya sebagai positif.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berjalan. Amat positif, alhamdulillah,” katanya.

Image from: PRN Melaka: “Moga perpaduan ummah makin kukuh” – Akmal sambut baik rundingan UMNO-PAS

Perkembangan itu menyusuli gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin supaya kerjasama kedua-dua parti diterjemahkan pada PRN Melaka sebelum diperkukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengesahkan rundingan masih berjalan termasuk berkaitan penggunaan logo, dengan parti itu terbuka menggunakan logo sendiri atau Barisan Nasional (BN) bergantung kepada hasil perbincangan.

Bagaimanapun, bentuk kerjasama, pembahagian kerusi serta penggunaan logo bagi menghadapi PRN Melaka masih belum dimuktamadkan.

Sumber: FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved