Masih keliru? Fuziah Salleh perjelas peniaga ‘Makcik Kiah’ tak perlu guna tong gas ungu

LocalBusiness & Finance
4 Jun 2025 • 1:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr. Fuziah Salleh perjelas peniaga kecil tidak perlu menggunakan tong gas memasak (LPG) berwarna ungu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kontroversi yang melibatkan penggunaaan tong gas memasak tersebut yang menjadi bualan hangat dalam kalangan peniaga sejak kebelakangan ini.

Fuziah Salleh perjelas

image is not available

Jelasnya, peniaga kecil yang dijadikan contoh seperti `Makcik Kiah’ masih boleh mengguna tong gas hijau bersubsidi namun, perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

“Peniaga kecil macam Makcik Kiah masih boleh guna tong gas hijau (subsidi). Syaratnya, tidak lebih daripada 3 tong gas 14kg pada satu masa. (Jumlah maksima 42kg).

“Ini bermakna, kalau Makcik Kiah guna 1 tong untuk goreng pisang, 1 untuk mee, 1 untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong hijau bersubsidi. Tak perlu tukar ke tong ‘purple’.

“Tong gas ‘purple’ (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook, hari ini.

Fuziah Salleh perjelas

image is not available

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang maklumat yang tidak tepat sehingga mengundang kebimbangan dalam kalangan peniaga.

“Jadi, janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat.

“Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil dan sederhana,” ujarnya lagi.

image is not available

Terdahulu, tindakan kerajaan mewajibkan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) komersial atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu kepada peniaga mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Mana tidaknya, peniaga terpaksa menanggung peningkatan kos operasi sebaik sahaj beralih kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder 14 kg berbanding RM26.60 hingga RM30 untuk gas subsidi.

Sumber: Facebook @Fuziah Salleh