Sedap Tapi Bahaya, Ini Jenis Makanan Untuk Manusia Yang Tak Sesuai Diberi Kepada Kucing

3 Oct 2025 • 5:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Buat mereka yang mempunyai kucing peliharaan di rumah, sudah tentu anda akan menyediakan setiap keperluan si bulus ini termasuklah tempat tidur selesa, makanan serta minuman secukupnya.

Namun kadangkala disebabkan terlalu sayang, ada segelintir daripada kita yang memberi kucing makan makanan manusia yang semestinya lazat. Alasan mereka? “Dia (kucing) buat muka kesian. Kenalah kasi.”

Tetapi tanpa anda sedari, sebenarnya sesetengah daripada makanan diberi itu adalah tidak bagus dan boleh menjejaskan kesihatan ‘majikan’ kita ni tau.

Jenis Makanan Yang Bahaya Untuk Si Bulus Anda

Buat anda yang kurang cakna tentang isu ini, berikut kami kongsikan beberapa jenis makanan atau minuman untuk manusia yang tidak sesuai diberikan kepada kucing. Take note!

#1. Alkohol

Yang pertama adalal alkohol. Ia sangat berbahaya kepada kucing kerana si bulus tidak mampu memprosesnya sama seperti manusia.

Satu sudu makan alkohol boleh mengakibatkan kerosakan serius pada organ hati dan otak. Beberapa titis sahaja juga sudah cukup untuk buat kucing muntah atau lemah.

image is not available
Sumber: Freepik

#2. Coklat

Harus diakui coklat sangat digemari masyarakat Malaysia tidak kira golongan umur. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa manisan ini boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan si comel.

Memetik Vets Now, coklat mengandungi theobromine. Bahan perangsang yang pahit ini terdapat dalam semua jenis coklat, tetapi paling tinggi kepekatannya dalam coklat gelap dan coklat tanpa gula.

Jika kucing anda termakan coklat, ia boleh menyebabkan masalah jantung, otot menggeletar, atau sawan. Coklat juga mengandungi kafein yang boleh meragut nyawa si bulus.

image is not available
Sumber: Pexels

#3. Kopi, Teh Atau Minuman Bertenaga

Makanan seterusnya yang patut dielakkan kucing adalah minuman berkafein yang sering diambil oleh individu dalam rutin harian iaitu kopi, teh atau minuman bertenaga.

Bahan yang mengandungi kafein ini boleh menyebabkan kucing anda menjadi gelisah, bernafas dengan laju, mengalami degupan jantung tidak normal serta otot menggeletar.

Sama seperti keadaan yang boleh dialami oleh manusia, namun bezanya kucing anda tidak boleh bercakap untuk memberitahu mereka sakit. ☹️

image is not available
Sumber: Pexels

#4. Keju & Susu

Umum mengetahui susu dan keju adalah produk tenusu yang selalu diambil oleh manusia. Tidak kiralah sewaktu sarapan atau sebagai dessert. Bagaimanapun kedua-dua bahan ini tidak boleh diberikan kepada kucing.

Hal ini kerana sesetengah kucing tidak dapat menghadam laktosa, yang akhirnya menyebabkan muntah dan cirit-birit.

Buat anda yang tidak tahu, kebanyakan ‘produk susu’ alternatif yang diberikan buat anak kucing sebenarnya adalah susu kambing. Ia mengandungi kandungan laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu.

image is not available
Sumber: Freepik

#5. Lebihan Lemak, Daging Mentah, Telur Mentah & Ikan Mentah

Kalau anda perasan, ada segelintir pemilik memberikan kucing mereka daging mentah. Dakwa mereka, kandungan proteinnya adalah lebih tinggi dan berkhasiat berbanding dengan daging yang sudah dimasak.

Bagaimanapun ia boleh menyebabkan muntah, ciri-birit atau satu keadaan yang menyakitkan dipanggil sebagai pankreatitis.

Selain itu, terdapat juga risiko jangkitan Salmonella atau E. coli yang berkait dengan daging mentah, telur mentah dan ikan mentah.

image is not available
Sumber: Pexels

#6. Anggur & Kismis

Kalau anda nak tahu, kucing boleh mengalami kegagalan buah pinggang akut akibat mengambil anggur atau kismis.

Menurut Pet MD, keracunan pengambilan anggur jarang berlaku pada kucing, namun kes ini telah direkodkan.

Kajian mendapati kira-kira 15% daripada anjing dan kucing yang memakan anggur atau kismis menunjukkan tanda seperti kegelisahan, kehilangan selera makan serta muntah.

image is not available
Sumber: Freepik

#7. Bawang Besar & Bawang Putih

Untuk info, semua jenis bawang boleh menyebabkan kesihatan kucing merosot jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Kandungan bawang atau bawang putih yang sedikit dalam sesuatu sos biasanya tidak akan menimbulkan masalah.

Meskipun begitu, jika seekor kucing makan seulas bawang putih atau sebatang bawang hijau, ia boleh membawa kepada masalah pencernaan. Pengambilan bawang secara berterusan pula boleh mengakibatkan anemia.

image is not available
Sumber: Freepik

#8. Tulang Ayam Atau Ikan

Menurut petugas Heaven Vet Clinic di laman TikTok, tulang ayam boleh menyebabkan kucing anda mengalami luka di dalam mulut. Lebih parah lagi ia meningkatkan risiko si bulus tercekik.

NOTA: Pastikan anda membuang tulang ayam dengan baik selepas menjamu selera. Hal ini kerana sesetengah kucing licik pandai menyelongkar tong sampah untuk mengaut sisa-sisa tulang tersebut.

image is not available
Sumber: Freepik

Jadi selepas ini kalau nak bagi kucing makan makanan best-best tu, fikir dahulu. Nak puaskan nafsu kucing ke atau nak mereka sakit?⚠️

Source: