Warga Emas Sebak Selepas Peniaga Bundle Beri Kasut Percuma Pada Cucu [Video]

3 Oct 2025 • 4:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Melakukan kebaikan seperti tolong-menolong antara satu sama lain sememangnya perkara yang digalakkan untuk dilakukan oleh setiap individu.

Tidak kira bangsa mahupun agama setiap individu layak memberikan pertolongan kerana ia mungkin akan memberikan sinar kepada kehidupan seseorang.

Bukan hanya itu, kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu bukan sahaja dilihat sebagai satu amalan murni bahkan menjadi contoh kepada orang ramai.

Pemilik kedai kasut terpakai beri kasut percuma pada pelajar

Baru-baru ini seorang peniaga kedai kasut terpakai telah meraih perhatian ramai apabila membuat seorang datuk menangis kerana terharu dengan tindakan baiknya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh W Vintage Bundle di TikTok, awalnya kelihatan dia berbual-bual dengan seorang kanak-kanak bernama Qayyum.

Qayyum dipercayai telah berkunjung ke kedai kasut terpakai itu bersama ahli keluarga yang lain termasuklah datuknya.

Murid tahun 5 pilih kasut sukan warna hitam

Dalam perbualan itu, pemilik kedai bertanya adakah Qayyum sudah memilih kasut yang diminatinya.

Qayyum lalu mengatakan sudah dan kasut sukan berwarna hitam menjadi pilihan hatinya. Malah kedengaran mereka turut berbual-bual mesra antara satu sama lain.

Pemilik kedai kasut itu turut bertanya Qayyum kini di tahun berapa di sekolah, dia mengatakan kini berada di tahun 5 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu , Kuala Lumpur.

Malah pemilik turut diberitahu oleh nenek kanak-kanak itu, Qayyum merupakan seorang peserta Bintang Kecil.

Pilih kasut sukan kerana nak balas untuk larian akan datang supaya dapat nombor 1

Ingin mengenali pelajar itu dengan lebih dekat, pemilik turut bertanya mengapa Qayyum memilih untuk membeli kasut sukan.

“Balas balik apa yang saya dapat tadi. Saya dapat nombor satu lari (nak nombor satu). Tiba-tiba dapat nombor dua (akhirnya dapat nombor dua),” katanya.

Nenek turut memaklumkan Qayyum merupakan Orang Kurang Upaya pada bahagian mata.

Sewaktu disoal mengapa memilih kedai kasut tersebut untuk membeli kasut, Qayyum mengatakan dia pernah berkunjung ke kedai itu pada bulan lalu bersama datuknya.

Gembira apabila pemilik kedai nak berikan kasut secara percuma

Oleh itu, pemilik kedai kasut tersebut kemudiannya memaklumkan dia ingin memberikan kasut yang dipilih oleh Qayyum secara percuma.

Jelas terpancar keceriaan pada wajahnya sebaik mendengar kata-kata pemilik kedai itu dan Qayyum kemudian mengucapkan terima kasih.

Namun apa yang menjadi perhatian, datuk Qayyum yang turut berada di kedai tersebut berasa sebak dan terharu dengan pemberian berkenaan.

Kedengaran suaranya seperti serak sewaktu bersalaman dengan pemilik kedai terbabit.

Pesan belajar rajin-rajin

Bukan hanya itu, pemilik kedai turut berpesan kepada Qayyum untuk belajar dengan rajin dan membantu datuk dan nenek apabila sudah besar kelak.

“Bila kita bagi sesuatu dari hati, senyuman dan tangisan orang lain jadi hadiah paling besar,” ujarnya di ruangan kapsyen.

@wvintage.bundle

Bila kita bagi sesuatu dari hati, senyuman dan tangisan orang lain jadi hadiah paling besar🥲 #kasutbundle #fypage #asic #kasutmurah #woltagemalaysia

♬ original sound – W VINTAGE BUNDLE OFFICIAL – W VINTAGE BUNDLE OFFICIAL

Ramai terharu dan doakan pemilik kedai dimurahkan rezeki

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan kebaikan pemilik kedai terbabit dibalas dengan kemurahan rezeki dan perniagaan semakin maju.

Malah ada yang berpendapat mungkin datuk dan nenek pelajar itu juga sedang dalam kesusahan dan pemberian itu membuatkan mereka terharu.

“Mana tahu kan, Atuk tu tengah sempit kewangan. Tapi nak bahagiakan cucu juga, Allah bantu bagi rezeki melalui abang ni”

image is not available

“Mengalir pahala kau bang setiap kali dia pakai”

image is not available

“Kadang bukan sebab datuk takde duit, tapi bila tengok orang prihatin pada orang kesayangannya, memang datang terharu sebak”

image is not available

“Murah rezeki kau bang”

image is not available