Masjid Di Kelantan Dipuji Buat Inisiatif ‘Drive Thru’ Infaq, Netizen Pesan – “Kena Rajin Check QR Takut Ada Ore Mari Tukar”

21 May 2025 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada zaman serba canggih dan moden ini, sudah tentu banyak pihak akan mengambil peluang untuk memanfaatkan teknologi yang ada.

Seperti sebuah masjid di Kelantan ini yang tular kerana mengambil inisiatif bagus menggunakan teknologi untuk memudahkan orang ramai berinfaq.

Tular rakaman di Facebook, Masjid Al-Munir Mukim Pantai Senok yang terletak di Bachok memperkenalkan ‘Infaq N Go’ di tepi jalan dan menyediakan kemudahan kepada orang ramai bersedekah menerusi imbasan kod QR.

Berdasarkan video itu, masjid berkenaan telah membina replika plaza tol mini tersebut untuk menggalakkan orang ramai bersedekah.

Plaza tol tersebut diletakkan di hadapan laluan masuk masjid lengkap dengan papan tanda.

Lalu jalan ini jangan lupa bayar tol ya. RM1 takpe dah untuk saham akhirat.

 

Hantaran itu tular dan ramai pengguna Facebook memuji inisiatif daripada masjid berkenaan kerana bukan sahaja menggalakkan orang bersedekah tetapi juga memudahkan urusan.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi peringatan agar pihak masjid sentiasa memeriksa kod QR yang ditampal kerana dikhuatiri ada pihak yang meletakkan kod QR lain untuk kepentingan peribadi.

image is not available 3 weeks ago

Siap Ada Tudung 'Matching', Lelaki Korea Ini Sediakan Hanbok 'Mesra Hijab' Untuk Pelancong Muslim Dipuji Netizen