Pelajar UNIMAS Akui Guna AI Sampai Skor Tinggi, Siap Buat Lawak Pasal Lecturer!

LocalTechnology
5 May 2025 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Buat hal! Ada ke patut mengaku secara terbuka menggunakan teknologi AI untuk siapkan tugasan?

Paling tak boleh blah siap berbangga dengan hasil kerja tersebut dan memperlekehkan para pensyarah yang memberikan ilmu.

Bangga guna ChatGPT siapkan tugasan

Itulah yang tular kini di media sosial mengenai luahan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang jujur menggunakan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek dan Gemini untuk menyiapkan tugasan universiti.

image is not available

Pelajar ini sempat ‘menyindir’ para pensyarah yang berusaha keras memberikan tugasan mencabar dan bertimbun-timbun pada saat akhir, tetapi akhirnya mereka masih dapat menyiapkannya dengan mudah.

We can just tutup mata je siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, Deepseek and Gemini. Assignments kami semua letup2 you alls. Siap citations and references.

Pelajar itu turut mendedahkan bahawa markah kerja kursus mereka semuanya melebihi 50% dan mereka hanya perlu skor sekitar 30% dalam peperiksaan akhir untuk dapatkan A.

”Kesian tak dapat game kita”

image is not available

Katanya lagi, “kesian” pensyarah yang tak dapat ‘game’ mereka kerana AI dah jadi senjata rahsia pelajar zaman sekarang.

Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata generasi lama risau dengan kebergantungan generasi sekarang kepada teknologi.

Pensyarah juga mengakui sebenarnya mereka dapat membezakan hasil kerja Chatgpt yang menjadi ‘kebanggaan’ itu.

image is not available

Pssttt! Agaknya bagaimana pelajar ni apabila masuk alam pekerjaan nanti ya?

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.